Saturday, March 7, 2015

Pekan BAU, tetapi bukan BERBAU.


BAU. Sebuah pekan terpencil berdekatan dengan bandaraya Kuching, Sarawak. Memang terkenal dengan sejarah melombong Emas nya, Taman Negara Gading, Gua Pari-pari, Gua Angin dan beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar kawasannya.. Tetapi aku bukan nak cerita tentang itu semua. Aku Cuma nak cerita tentang keunikan Nama Pekan itu sendiri. BAU yang memberi makna satu kaedah deria kita manusia, sama ada baunya sedap dicium atau sebaliknya.

Tetapi rata-rata, bila saja disebut BAU, secara otomatis, hidung kita sudah menampakan kurang senang, kedutan dahi mula menunjukkan ada yang tak enak. Jadi lebih memusat kepada bau yang tak enak. Bau busuk, bau yang kurang menyenangkan.

TETAPI….Pekan BAU, walaupun kecil, tetap punya daya tarikan tersendiri. Tarikan kepada pelancong luar dan dalam negeri.

PASAR SERIKIN





Antara tempat-tempat yang menjadi tarikannya ialah, Pasar hujung minggu SERIKIN, sebuah pasar kawasan sempadan Indonesia/Malaysia yang menjualkan beraneka produk. Dari hasil rimba hinggalah kain baju, langsir dan sebagainya.

TASIK BIRU


Tasik Biru, yang dulunya merupakan tempat melombong emas yang amat terkenal di rantau ini. Setelah satu musibah berlaku, kini dijadikan sebuah tasik tempat beriadah di hujung minggu.
Gua Pari-pari dan gua angin, selalunya menjadi tarikan para pembikin filem dan drama tv, dari dalam dan luar Negara.

GUA ANGIN

GUA PARI-PARI

Pekannya unik bagaikan sebuah Bandar cowboy, tenang, aman.

DEWAN SUARAH YANG BERBENTUK BARUQ, BENTUK SENIREKA RUMAH PAHLAWAN
SUKU KAUM BIDAYUH.

PEKAN BAU.


Kepada rakan teman pembaca, dari dalam dan luar negeri, nak datang dan berkunjung ke Bau, Cuma mengambil masa sekitar 45 minit dari bandaraya Kuching. Walaupun kebanyakan penduduknya terdiri dari suku kaum bidayuh , Cina, namun tempat makanan islam mudah didapat.

No comments: