Monday, February 9, 2015

JALAN2, LIHAT, TANGKAP GAMBAR, CATIT NOTA, TULIS HANTAR (POST).


Sebetulnya aku masih lagi terpinga-pinga, mencari-cari, apa bahan yang harus aku tulis, bagi mengisi ruang-ruang kosong pada blog-blogku. Almaklumlah, kita ni sekolah tak tinggi, dah tu jenis sekolah orang dulu-dulu pulak tu. Mana nak kenal computer, mana nak kenal internet zaman tu. Alhamdulillah jugak, dalam usia yang tinggal semput-semput nafas katak, aku masih lagi diberi peluang untuk mengenali dan mengikuti sama dunia ini.


Setelah menyusuri blogs-blogs rakan teman kita yang sememangnya hebat-hebat dengan berbagai blog yang beraneka, aku pun cuba-cuba mencuri-curi ilmu, dengan melihat, mengkaji, menilai dan membuat timbang tara setiap blog yang aku baca, dan akhirnya, aku harus mengambil keputusan ini. Aku tak perlu lagi nak pecah kepala memikirkan soal-soal mencari titik-titik permulaan, titik kejadian dan sebagainya. Yang penting aku terus berjalan, melihat, ambil gambar, catit nota, bukak internet, bukak blog, tulis dan hantar.


Cari gambar yang bersesuaian, uploadkan dicelah celah catitan, tokok tambah sikit cerita-ceritanya, bagi menghiasi intipati kandongan, jadilah.


In sya Allah, moga aku terus diberi kesihatan tubuh badan, dipanjangkan usia, diberi kemampuan, akan cuba ku isi sebaik mungkin blog ini dengan hal-hal yang dapat dikongsikan bersama. Demikian juga kepada rakan teman pembaca, mohon diberi teguran diri ku, sekiranya ada kekurangan, kelemahan atau apa juga yang bolih membantu diri ku, didalam mengisi intipati blog ini.

No comments: